Sekolah Kebangsaan Pengkalan Raja diambil sempena nama Kampung Pengkalan Raja. Kampung ini dinamakan Pengkalan Raja kerana pada akhir tahun 30-an Sultan Johor ( DYMM Sultan Ibrahim ) dan kerabatnya sering berburu di kawasan ini. Sebelum berburu Baginda akan singgah dahulu di rumah penghulu kampong ini, iaitu Penghulu Sabtu dan kemudian barulah baginda pergi berburu. Lama-kelamaan kampong ini dikenali sebagai kampung tempat pengkalan sultan berburu.
Sekolah
ini mula didirikan dengan sebuah bangunan pada tahun 1947 di atas tanah milik
Tuan Haji Mansor Hudari di Batu 30, Pengkalan Raja dengan permulaan 27 murid
dan 2 orang guru. Sekolah ini diasaskan oleh Cikgu Hisham bin Abu iaitu anak
jati kampung ini. Beliau berkelulusan dari Maktab Perguruan Tanjung Malim
(UPSI). Pada sekitar tahun 1970, bangunan sekolah ini roboh dipukul ribut.
Pelajar-pelajar ditempatkan sementara di balai raya kampung ini.
Pada
Tahun 1972 sekolah ini telah berpindah ke bangunan baru di Batu 29,
Pengkalan Raja. Bangunan baru ini mempunyai
3 bilik darjah dan muridnya
berjumlah 74 orang
murid dengan 5 orang guru sebagai
tenaga pengajar. Guru Besar yang mentadbir
ialah Cikgu Ahmad
bin Mohd Amin diikuti oleh Cikgu Abdullah bin Johari dan Cikgu Abdullah
Abdul Rahman. Dari segi pendidikan, kebanyakkan penduduk telah mengalami dan
menerima pendidikan selepas merdeka manakala hanya segelintir sahaja warga emas
yang pernah menempuh zaman sebelum merdeka.
Pada
tahun 1984, bangunan 3 bilik darjah dengan bilangan murid seramai 115 orang. Pada
1993, Bangunan 2 tingkat telah siap dibina
dengan jumlah 5 bilik darjah dan 1 bengkel Kemahiran Hidup. Walau
bagaimanapun, sebuah bilik darjah aras bawah telah diubahsuai menjadi sebuah
Makmal Sains. Pada 1 September 2003 sebuah Makmal Komputer telah siap dibina
bagi memenuhi keperluan ICT murid. Walau bagaimanapun, bangunan Makmal Komputer
tersebut mengalami masalah dari segi binaan dan teknikal yang menyebabkan ia
diubahsuai beberapa kali dan akhirnya diruntuhkan untuk pembinaan baharu.
Bagi
melengkapkan kemudahan dan keselesaan pembelajaran murid-murid, pada tahun
2009, pembinaan sekolah yang baru telah dibuat. Sebahagian murid terpaksa ditempatkan di
kabin. Semua kabin berjumlah 6 buah dengan 2 buah bilik darjah, sebuah pejabat,
sebuah bilik guru besar, sebuah bilik guru dan sebuah perpustakaan. Segala
dugaan dan penderitaan selama tinggal di dalam kabin akhirnya berakhir setelah
2 blok 4 tingkat telah siap dan diduduki
pada akhir tahun 2011. Pada tahun 2014, sebuah makmal komputer yang baharu
akhirnya telah dapat digunakan setelah dibaik pulih beberapa kali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan