8 Jun 2015

Piagam Pelanggan SK Pengkalan Raja



Kami Warga Sekolah Kebangsaan Pengkalan Raja, Pontian, dengan penuh tekad dan iltizam berikrar 
dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai kecemerlangan dan :- 
  1. Memastikan setiap murid Tahun 1 hingga 6 dapat belajar dengan sempurna pada hari pertama sesi persekolahan.
  2. Memastikan setiap murid mendapat kelengkapan buku dan alat tulis sebelum mereka memulakan pembelajaran pada hari pertama.
  3. Memastikan semua murid selesa dengan kemudahan asas seperti bilik darjah, bilik sumber, tandas dan lain-lain kemudahan yang disediakan.
  4. Memastikan kawasan sekolah dan yang lainnya selamat digunakan oleh setiap murid dan tetamu lain.
  5. Memastikan urusan kebajikan dan kesihatan semua murid terkawal dan dokumen yang diperlukan siap sedia digunakan.
  6. Memastikan semua murid diberi peluang menyertai aktiviti kokurikulum yang diminati tanpa sebarang pilih kasih. 
  7. Memastikan semua murid yang tamat belajar di Tahun 6 telah menguasai kemahiran 3M. 
  8. Memastikan semua pelanggan yang datang untuk urusan berkaitan akan mendapat layanan yang mesra dan rapat. 
  9. Sentiasa menerima pandangan dan teguran membina dengan sikap yang terbuka demi mempertingkatkan pencapaian dan prestasi sekolah ini pada semua bidang.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan